Makanan Untuk Otak Kita

Diri kita ini terdiri daripada espek fizikal dan mental. Makanan yang berkhasiat dapat membantu perkembangan otak, mental dan emosi agar kita boleh meningkatkan daya tumpuan, kuatkan daya ingatan. Ia amat penting untuk kita.

Selain itu juga dapat menyumbang kepada kesihatan kita yang menyeluruh agar kita dapat menjalankan tugas harian dengan cemerlang dan beribadah dengan sempurna.

Untuk itu, saya ingin kongsikan info untuk pengetahuan kita bersama berkenaan makanan untuk otak kita agar terus aktif dan ceria, jom baca!!

MAKANAN UNTUK OTAK KITA AGAR TERUS AKTIF DAN CERIA.

1. Omega 3.

Otak mengandungi 60% lemak dan darinya 25% adalah Omega 3, penting bagi fungsi otak dan retina mata untuk penglihatan. Kekurangan omega 3 terdapat pada pesakit-pesakit penuaan termasuk alzheimer, menjadikan sel-sel otak tegang dan mudah inflamasi serta rosak, juga kimia pemancar neuro berkurangan.

Sumber-sumber omega 3 terbaik adalah dari ikan berminyak seperti salmon, tuna, mackerel, dan minyak krill. Sumber-sumber lain omega 3 ialah kacang walnut, avacardo, flexseeds dan peanuts.

Sekarang ini pil-pil minyak ikan dan krill banyak terdapat dalam pasaran. Setiap biji pil mengandungi 1000mg minyak ikan atau krill. Makan satu atau dua biji setiap hari. Minyak krill lebih mudah diserap dan juga mengandungi antioxidant, astaxanthine.

2. Minyak kelapa dara (VCO).

Otak mendapatkan sumber tenaga dari glucose yang memerlukan insulin. Otak menghasilkan sumber insulin sendiri. Pesakit alzheimer kekurangan insulin dalam otak, kesannya kurang sumber tenaga.

VCO mengandungi 60% medium chain triglycerides (MCT), sumber ketones yang menghasilkan tenaga.
Minum 2 sudu besar VCO setiap hari dikatakan dapat bantu pesakit alzheimer.

3. Vitamin E.

Vitamin E memainkan peranan penting dalam pertumbuhan sel-sel serta fungsi otak. Wanita-wanita hamil disarankan mengambil vitamin E untuk menguatkan minda bayi dalam kandungan.

Sumber-sumber utama vitamin E adalah dari sayur- hijau, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, beras, oat dan barli.

4. Vitamin D.

Vitamin D memainkan peranan penting dalam kesihatan dan fungsi otak serta meningkatkan ketajaman berfikir.
Kekurangan vitamin D menyebabkan otak mengecil dan penyakit alzhmeir.

Sumber-sumber utama vitamin D ialah daging, ayam, susu dan telor. Makanan tersebut juga mengandungi choline yang penting bagi fungsi otak.

Semoga bermanfaat.

Credit: DrZubaidi

#infosihat #liketandasokongan #sharejikabermanfaat

10 Kepentingan Air Bersih Terhadap Kesihatan Kita Sekeluarga

Bermulanya kesedaran saya sekeluarga berkenaan air bersih ialah pada tahun 2003. Kami pasang satu unit penapis air dirumah. Masa tu juga saya terus jadi “Sales Representative” untuk syarikat penapis air secara partime. Jualan seunit berharga Rm1,399.

Ketika tu tak ramai yang peduli berkenaan air bersih dan tak ramai yang nak miliki penapis air dirumah. Namun saya cuba jalankan tugas sebaik mungkin untuk beri kesedaran dan beberapa demo. Alhamdulillah dapat jugak sales sikit-sikit masa tu dan dapat bantu insan lain untuk terus sihat.

Berbalik kepada pengggunaan penapis air tadi, kami bukan sahaja guna untuk minum, malah kami juga guna untuk memasak, masak nasi, nasi pun sedap, lambat basi jika disimpan lama, basuh sayur-sayur dan buah-buahan dan macam-macam lagilah, pendek kata banyak kegunaannya.

Dengan amalan ini, kami sekeluarga pun rasa segar dan sihat, anak-anak pun jarang demam, alhamdulillah atas izinNYA ia berterusan hingga ke hari ini. Begitulah betapa besarnya kepentingan air bersih di dalam kehidupan kita sekeluarga.

Untuk itu, dibawah ini saya kongsikan 10 kepentingan air bersih terhadap kesihatan kita sekeluarga. Jom baca ya untuk ilmu dan pengetahuan kita bersama.

10 Kepentingan Air Bersih Terhadap Kesihatan Kita Sekeluarga

Adakah anda tahu bahawa berat badan anda terdiri daripada kira-kira 60 peratus air? Tubuh anda menggunakan air dalam menggerakkan dan memberi fungsi semua sel, organ dan tisu untuk mengawal suhu dan mengekalkan fungsi tubuh yang lain.

Air memainkan peranan penting dalam hampir setiap fungsi utama badan. Ia merupakan elemen penting dalam tubuh kita. Oleh itu, menurut kajian yang pernah dilakukan University Of Edinburgh, kajian menyatakan “tanpa makanan, manusia mampu hidup selama lapan minggu tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa 3 hari.” Manusia tidak akan mampu bertahan hidup lebih lama tanpa air.

Tubuh anda juga akan kehilangan air melalui pernafasan, berpeluh dan pencernaan. Demikian itu, penting untuk penghidratan semula iaitu dengan meminum air ataupun memakan makanan yang mengandungi air seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Begitu pentingnya air terhadap kesihatan anda kerana ia merangkumi seluruh aspek didalam tubuh. Justeru itu, memilih air yang bersih lagi selamat adalah sangat penting. Dewasa ini, kebanyakkan penyakit adalah berpunca daripada bawaan air. Terdapat banyak lagi kepentingan air bersih terhadap kesihatan anda sekeluarga.

  1. Membantu Proses Pencernaan
    kepentingan air bersih terhadap kesihatan dalam proses pencernaan
    Air amatlah penting dalam proses pencernaan. Pencernaan bermula dengan air liur, asasnya adalah air. Pencernaan bergantung pada enzim yang didapati dalam air liur untuk membantu memecahkan makanan dan cecair serta membubarkan mineral dan nutrien lain. Pencernaan yang betul menjadikan mineral dan nutrien lebih mudah dicapai oleh tubuh. Selain itu, air juga diperlukan untuk membantu anda mencerna serat larut. Dengan bantuan air, serat ini mudah larut dan memberi manfaat kepada kesihatan usus anda dengan menghasilkan najis yang lembut. Ia dapat mengelakkan sembelit malah kalori akan mengalami proses pembakaran kalori yang juga berjalan dengan lancar.
  2. Membuang Buangan Dan Mengelak Penyakit
    kurang air boleh sebabkan sembelit
    Anda dan keluarga perlu memastikan air yang diminum di rumah berada dalam keadaan bersih kerana air-air ini akan memberi kesan dalam sistem pembuangan dan sekiranya gagal, masalah sakit perut dan penyakit lain akan timbul. Pengambilan air yang bersih membolehkan tubuh anda membuang buangan melalui peluh, kencing dan membuang air besar. Sekiranya air tidak bersih, anda sekeluarga bukan sahaja mendapat penyakit, malah masalah kencing kotor akan berlaku dalam kalangan keluarga. Tidak semua ahli keluarga mempunyai antibodi yang kuat.
  3. Melindungi Tisu, Tulang Belakang Dan Sendi
    kepentingan air bersih terhadap kesihatan sendi
    Air tidak sekadar menghilangkan dahaga dan mengawal suhu badan anda. Ia juga memelihara dan melindungi tisu-tisu di dalam badan anda sekeluarga. Apabila anda sekeluarga meminum air bersih, secara automatiknya tidak akan ada masalah penyakit tisu, tulang belakang ataupun sendi yang disebabkan oleh tulang rapuh atau air kotor. Di samping itu, air bersih membantu melindungi saraf tunjang dan bertindak sebagai pelincir untuk sendi anda. Cuba anda bayangkan sekiranya air yang diminum berada ditahap pH asid, tulang akan mudah rapuh dan mendapat penyakit. Oleh itu, air bersih amat penting kerana tanpa air yang bersih, segala masalah akan mudah terkena pada anda sekeluarga.
  4. Mengelakkan Dehidrasi Dan Menyembuhkan Penyakit
    kepentingan air bersih terhadap kesihatan dan elakkan dehidrasi
    Tubuh anda kehilangan banyak air apabila melakukan senaman yang kuat, berpeluh pada suhu tinggi dan terkena penyakit yang menyebabkan cirit-birit ataupun demam. Jika anda kehilangan air atas sebab-sebab ini, penting untuk anda meningkatkan pengambilan air yang bersih supaya anda dapat memulihkan tahap penghidratan semulajadi badan anda. Sekiranya anda masih lagi tidak pulih atau masih lagi alami penyakit yang sama dalam tempoh yang lama, ia adalah kerana air yang anda gunakan selama ini bukanlah air bersih.
  5. Metabolisme Dan Tenaga Untuk Rutin Harian
    kepentingan air bersih terhadap kesihatan dan tingkatkan metabolisma
    Air dapat mengurangkan kalori yang berlebihan di dalam badan. Dengan pengambilan air bersih, ia dapat membantu membakar lemak dengan meningkatkan metabolisme. Proses ini dikenali sebagai resting energy expenditure, di mana tubuh akan tetap membakar kalori walaupun tubuh anda tidak melakukan sebarang aktiviti. Ini berlaku kerana proses metabolisme telah meningkat. Malah, dalam masa yang sama, anda sekeluarga memerlukan tenaga untuk menjalani rutin harian.
  6. Menjaga Kesihatan Kulit Sebagai Mandian Dan Minuman
    kepentingan air bersih terhadap kesihatan dan menyejukkan badan
    Air digunakan oleh anda dan keluarga untuk mandi dan ia akan mempengaruhi kesihatan kulit anda. Khasiat nutrisi dan mineral di dalam air yang bersih juga mampu menjaga kulit anda agar kelihatan lebih segar dan sihat. Ia juga dapat merawat masalah kulit seperti jerawat, blackhead dan lain-lain. Apabila kulit anda selalu kerap dehidrasi, ia akan menjadi kering malah garis-garis halus dan kedutan akan lebih ketara. Dengan pengambilan air bersih, sel-sel kulit akan lebih sihat dan menjadikan muka anda kelihatan awet muda dan cantik.
  7. Mencegah Kanser
    kepentingan air bersih terhadap kesihatan dan mencegah kanser
    Air yang bersih dapat membantu melindungi organ-organ penting terutamanya pundi kencing, dan tisu payudara yang dikhuatiri terdedah dengan kanser. Penyelidikan yang diterbitkan dalam Jurnal Klinik Onkologi mendedahkan bahawa pengambilan air berkait rapat dengan setiap jenis kanser. Ini bermakna, lebih banyak air yang diminum seseorang lebih kurang cenderung mendapatkan kanser. Tetapi ramai juga pesakit kanser yang suka meminum air banyak, jelas bahawa kanser juga berlaku kerana air yang diminum adalah tidak bersih dan mempunyai pelbagai molecules didalamnya. Ini sangat penting bagi anda sekeluarga supaya meminum air yang bersih dan mengelakkan diri daripada penyakit kanser.
  8. Mengelakkan Penyakit Batuk Dan Alahan Dari Bayi Dan Anak Anda
    kepentingan air bersih terhadap kesihatan dan atasi alahan bayi
    Jika bayi dan anak-anak kecil sering mengalami alahan dan batuk-batuk, salahsatu puncanya juga adalah daripada air yang tidak bersih. Sama ada air untuk mandi atau minum, ia akan memberi kesan kepada anda sekeluarga terutamanya bayi dan kanak-kanak.
  9. Mengurangkan Migrain Dan Pening Kepala
    kepentingan air bersih terhadap kesihatan migrain
    Migrain dan pening juga boleh jadi kerana air yang diminum tidak bersih dan segar. Kebanyakan daripada anda yang mengalami migrain juga perlu menyemak semula sumber air dan makanan yang diambil setiap hari. Air yang diminum akan dibawa ke seluruh tubuh termasuk otak, malah ia akan diserap untuk mendapatkan khasiat serta melancarkan perjalanan darah ke otak. Air yang kotor menjadikan anda sekeluarga berisiko terdedah dengan sakit migrain dan pening kepala.
  10. Membantu Mengekalkan Keseimbangan Tahap Cecair Dalam Badan
    kepentingan air bersih terhadap kesihatan organ dalam badan
    Secara fakta, tubuh kita terdiri daripada 60% air. Fungsi cecair dalam badan adalah untuk pencernaan, penyerapan, peredaran, pengangkutan nutrien dan penyelenggaraan suhu badan. Seorang professor perubatan di Universiti Stanford telah mendapati bahawa “Melalui kelenjar pituitari posterior, otak anda berkomunikasi dengan buah pinggang anda dan memberitahu berapa banyak air yang dikeluarkan sebagai air kencing atau tahan untuk simpanan”. Dan apabila anda kekurangan air dalam badan ,otak akan memicu mekanisme haus badan. Air yang berkualiti dan bersih amat penting bagi melancarkan mekanismes haus badan.

Semoga bermanfaat.

Credit: ProfHafiz

#infosihat #perkongsianbermanfaat #silashare

Ps: Berminat nak dapatkan penapis air dari Coway? Tuan puan boleh hubungi sahabat baik saya di talian 0173567905 (Tn.Nasir)
Atau wasap beliau.
.tekansini

Manfaat Epal Hijau

Mengamalkan pengambilan epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan, terutama bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Epal hijau mempunyai pelbagai khasiat kerana kandungan nutrisinya yang tinggi, seperti zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A, vitamin B dan serat yang mudah larut.

Jika memakan epal hijau, kita digalakkan memakan sekali dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan.

Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Cuma pesakit gastrik harus berhati-hati dengan epal hijau yang masam.

Selain itu epal hijau mempunyai manfaat seperti :

  1. Menghalang pembinaan plak kolesterol dalam dinding salur darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
  2. Membantu kesihatan menguatkan fungsi paru-paru.
  3. Menguatkan tulang dengan menambah pada mineral pada tulang.
  4. Mengekalkan berat badan.
  5. Mengurangkan kekerapan mendapat asma.
  6. Mengurangkan risiko mendapat penyakit barah.

Kesimpulannya, epal hijau sangat bagus untuk mengekalkan kesihatan yang baik, cuma harganya agak mahal sedikit berbanding dengan buah-buahan tempatan.

Credit: DrZubaidi

#infosihat

Kesan Makan Mee Segera Terhadap Kesihatan Kita

Dulu-dulu saya juga penggemar mee segera. Memang berselera dibuatnya mee segera ni. Selalu juga saya makan. Perasa kari pilihan utama. Tapi, setelah saya tau akan kesan makan mee segera, saya, isteri dan anak-anak dah stop memakannya. Lama dah kami stop.

Jom ikut perkongsian tentang kesan memakan mee segera terhadap kesihatan kita untuk pengetahuan bersama, Semoga bermanfaat.

Kesan Makan Mee Segera Terhadap Kesihatan

Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket.

Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi.

Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.

Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?

Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mee segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mee segera mengandungi natrium yang tinggi.

Satu paket mee segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium. Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mee segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mee segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mee segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.

Credit: Portal Rasmi HLDU

#infosihat

Tujuh Khasiat Barli Yang Diperolehi Oleh Penggemarnya

Beruntung kalau anda penggemar barli.

Saya juga adalah seorang penggemar barli. Boleh dikatakan setiap kali singgah makan dikedai pasti saya akan order air barli dulu, barli suam kurang manis satu. Kadang-kadang tu sampai dua gelas pun ada hehe, kalau tiada air barli air suam pun jadilah. Air lain-lain seperti teh, milo, kopi, saya lama dah stop tak minum.

Oleh kerana saya selalu minum barli, patutlah bila saya cek kolesterol saya dah OK sekarang, dulu-dulu kerap juga kena ulser bibir, sekarang jarang sangat lah terjadi, sebab barli dah sejukkan badan saya. Berat badan pun maintain je. Memang tak rugilah saya jadi kaki barli ni, ops..hehe, dibawah ini saya kongsikan info khasiat barli untuk pengetahuan kita bersama, semoga bermanfaat untuk kita semua. Jom baca!

Ini Tujuh Khasiat Yang Bakal Diperolehi. Memang wow!!

Memang beruntung jadi penggemar bijirin barli ni. Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di Timur Tengah. Pokok barli tergolong dalam keluarga Gramineae dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di negara-negara Barat. Barli ditanam daripada biji sehinggalah ia menjadi pokok yang tingginya kira-kira satu meter.

Buat pengetahuan penggemar barli juga, bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian. Menarikkan?

Berikut Antara Khasiat Barli;

1) Rendahkan Kolesterol Dalam Darah.
Kajian klinikal di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli efektif dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.

2) Tingkatkan Glukosa dan Lemak Dalam Darah
Beta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati daripada isi rong. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam variety barli ini dikatakan bertanggungjawab dalam meningkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2.

3) Kurangkan Risiko Penyakit Barah dan Jantung
Barli mempunyai kandungan Tokotrienol dan tokoferol (tokol) yang tinggi. Ia merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi yang membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.

4) Rawat Luka Ringan
Bijirin barli pula bertindak sebagai penghadam, pelega dan dikatakan sesuai dimakan sebagai makanan berkhasiat atau dijadikan air barli (rebusan air barli dalam air). Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar.

5) Hilangkan Berat Badan
Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan.

6) Penyejuk Badan
Air rebusan bijirin barli pula dikatakan berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yang mengidap demam.

7) Bantu Sistem Penghadaman
Khasiat barli dipercayai, baik untuk melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang dan membantu untuk sistem penghadaman.

Info Ekstra
Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.

Jus barli hijau mengandungi 11 kali kalsium daripada susu lembu, hampir 5 kali zat besi dalam bayam, 7 kali vitamin C dalam oren dan 80 mg vitamin B12 daripada 100 gm barli. Selain bijirin barli, daun pokok barli yang berupa seperti lalang dan berwarna hijau juga dikatakan berkhasiat.

Apabila daun ini mencapai ketinggian sehingga 12 hingga 14 inci, ia mengandungi banyak vitamin, mineral dan protein dan klorofil yang diperlukan oleh manusia.

Credit: MingguanWanita

#infosihat

Air Sejuk Menyebabkan Batuk

Minum air yang terlalu sejuk boleh menyebabkan ‘irritation’ pada tekak dan menyebabkan batuk. Ia juga meransang rasa muntah.

Oleh itu sesetengah orang merasa mahu muntah dan batuk ketika minum air sejuk, terutama jika terlalu cepat.

Cara terbaik ialah minum air suam, yang dapat mengurangkan ‘irritation’ pada tekak dan menyembuhkan batuk.

Saya mencadangkan minum air suam secara perlahan2. Tiga teguk dalam satu nafas. Baca bismillah dan menggunakan tangan kanan.

Credit: DrZubaidi

#infosihat

Sup Ayam Sangat Baik Untuk Pesakit Demam Selsema

Sup ayam yang panas adalah hidangan yang boleh dibuat dengan mudah di rumah dan sangat baik diberikan kepada anak yang mengalami demam dan selsema. Saya mencadangkan agar tidak perlu gunakan minyak untuk menumis bahan-bahan tumisan. Hanya masukkan bahan tumisan dalam air yang medidih dalam periuk, bersama ayam yang telah dipotong dan herba-herba yang lain. Potongan daging ayam sendiri akan menghasilkan minyak yang berkhasiat di dalam sup itu.

Dalam 2000, para saintis di University of Nebraska Medical Center mengkaji kesan tindak balas sup ayam kepada kesan keradangan (inflammatory response). Mereka mendapati bahawa terdapat beberapa komponen dalam sup ayam yang dapat menghentikan kesan keradangan dalam tubuh, dengan itu mempercepatkan proses penyembuhan.

(rujuk: Rennard BO, Ertl RF, Gossman GL, Robbins RA, Rennard SI (October 2000). “Chicken soup inhibits neutrophil chemotaxis in vitro”. Chest 118 (4): 1150–7)

Dalam satu kajian lain di Mount Sinai mendapati bahawa hidangan sup ayam yang panas membantu peredaran udara dalam hidung dengan baik dan mencairkan lendiran hingus yang pekat dalam hidung.

Sup ayam juga merangsang pergerakan dan sel-sel cilia yang berada di sepanjang saluran pernafasan, dengan ini memudahkan kahak yang pekat dikeluarkan dari hidung dan tekak, seperti yang dilaporkan dalam tahun 1998 di dalam ‘Coping With Allergies and Asthma’.

Walaupun hasil kajian-kajian ini tidak begitu sahih, namun hidangan sup ayam yang panas mempunyai banyak nutrisi, meningkat hidrasi dan membuka selera kepada pesakit yang mengalami demam dan selsema. Tidak rugi mencuba dan ia tidak memudaratkan.

Credit: DrZubaidi

#infosihat

Khasiat Buah Naga

Buah naga mengandungi serat, kalsium, zat besi, dan fosforus yang cukup bermanfaat untuk merawat penyakit darah tinggi. Buah naga berisi merah pula sangat baik untuk memperbaiki penglihatan mata kerana kandungan karotenoidnya yang tinggi. Fitokimia di dalam buahnya juga diketahui dapat merendahkan risiko kanser.

Ia digunakan dalam pembuatan ubat-ubatan yang memberikan kesan baik pada salur darah koronari dan menggalakkan peredaran darah yang baik di dalam tubuh.

Credit: DrZubaidi

#infosihat

Barang Yang Tidak Perlu Disimpan Dalam Peti Sejuk

Kita selalu meletak hampir semua barang dan makanan yang kita beli ke dalam peti sejuk. Kadang kala ia boleh merosakkan kualiti bahan makanan itu.

  1. Bawang
    Menyimpan bawang di dalam peti sejuk boleh menyebabkan peti sejuk kita berbau. Apatah lagi jika ia telah dipotong atau dihiris. Simpan bawang di rak dapur dalam bekas yang kering.
  2. Kentang
    Kentang juga tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk dan harus disimpan di luar peti sejuk dalam keadaan kering.
  3. Sos
    Sos akan menjadi lebih pekat dan sukar dituang semasa hendak digunakan. Ia boleh disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik dengan penutup botolnya ditutup rapat.
  4. Roti
    Menyimpan roti dalam peti sejuk boleh menyebabkannya lebih keras dan kurang enak. Roti juga menyerap bau makanan lain yang ada dalam peti sejuk.
  5. Makanan dalam tin
    Jika masih ada makanan dalam tin yang masih berbaki, ia elok dikeluarkan daripada bekasnya dan disimpan dalam bekas plastik dan kaca sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
  6. Makanan panas
    Menyimpan makanan yang panas dalam peti sejuk akan menyebabkan lebih banyak tenaga elektrik yang digunakan untuk mengekalkan suhu peti sejuk agar sentiasa sejuk.
  7. Rempah ratus
    Elakkan menyimpan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam dan lain-lain di dalam peti ais. Ia boleh menyebabkan peti sejuk berbau herba. Ia harus disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik.
  8. Mentega
    Mentega akan menjadi keras di dalam peti sejuk dan menjejaskan rasanya. Ia harus disimpan dalam bekas yang ditutup ketat pada suhu bilik.
  9. Madu
    Madu tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Cuma elakkan dari tempat yang panas dan terdedah pada cahaya matahari.
  10. Bahan bukan makanan
    Keluarkan bahan bukan makanan seperti bahan kosmetik dari peti sejuk. Ia boleh mencemarkan bahan makanan yang disimpan bersamanya.

Credit: DrZubaidi

#infosihat

Khasiat Bayam

BAYAM KAYA DENGAN MAGNESIUM

Bayam mengandungi magnesium yang sangat sesuai bagi mengelakkan sakit kepala bagi pesakit migraine.

Ini tidak bermakna bayam adalah ubat untuk migraine. Bayam membantu pesakit migraine yang sering mengalami masalah sakit kepala berpanjangan.

Bagi pesakit migraine, bayam adalah sayuran terbaik untuk mereka.

Credit: DrZubaidi

#infosihat

Bahayanya Micro Sleep Ketika Memandu

Betapa bahayanya sesiapa yang mengalami Micro Sleep ketika memandu. Berhati-hatilah.

Ini cerita saya.
Pada bulan puasa yang lepas saya ada menemani isteri ke daerah kerian atas jemputan iftar di Bagan Serai.

Semasa memandu di atas highway, tak laju sangat pun, tiba-tiba kereta saya dari kiri pelahan-lahan masuk ke laluan kanan akibat terkena Micro Sleep, mujur kereta belakang sempat hon dengan kuat, membuatkan saya terus tersentak dan tersedar, justeru menyelamatkan kami tiga beranak, dia pun laju, dia potong sipi-sipi je kereta saya, huh..

Ia berlaku pantas. Kalau silap haribulan boleh kemalangan, sangat bahaya, situasi inilah banyak yang terjadi sekarang. Sama-sama kita berhati-hati, semoga perjalanan kita selamat sampai ke destinasi yang dituju. Mari baca info di bawah, semoga bermanfaat buat kita semua.

Apa itu Micro Sleep

Ia adalah keadaan di mana kita akan tertidur untuk beberapa saat hingga 30 saat tanpa kita sedari. Micro sleep ini terjadi terutamanya sewaktu memandu dan ianya sangat membahayakan diri dan keluarga yang bersama-sama kita. Ketika memandu kita paksa diri kita dan ingatkan kita masih sedar sedangkan rupanya kita dah terlelap beberapa saat!

Micro sleep ini juga terjadi pada waktu tertentu sewaktu awal pagi dan waktu tengah hari di mana badan kita memerlukan tidur pada waktu itu.

Simptom-simptom micro sleep

• Tersengguk-sengguk
• Kelopak mata semakin tertutup atau kuyu
• Mata terkebil-kebil
• Merenung dalam ke arah sesuatu yang kosong
• Tak boleh nak fokus

Faktor berlakunya micro sleep
Paling utama berlakunya micro sleep adalah tidur. Kurang tidur, jadual tidur yang tak menentu, tidur yang tak cukup dan sebagainya.

Jadi kalau rasa anda perlu memandu jauh pastikan anda dapatkan tidur yang cukup. Jika mengantuk berhenti rehat sebentar dilokasi yang selamat atau minum kopi panas di kawasan rehat dan rawat sepanjang perjalanan anda.

#infosihat #perkongsianbermanfaat #cnpinfomicrosleep #silashare

Manfaat Lendir

Lendir diciptakan oleh ALLAH untuk memerangkap habuk apabila kita bernafas dalam persekitaran yang tidak bersih. Ia mengelakkan habuk ini masuk ke dalam paru-paru dan mencederakan atau memudaratkan paru-paru.

Batuk pula merupakan tindakan luar kawalan kita untuk mengeluarkan kahak dan lendir yang terkumpul dan membersihkan saluran kita supaya bernafas dgn lebih selesa. Jadi walaupun batuk itu mungkin mengganggu, ia sebenarnya membantu kita untuk sihat.
Batuk dapat dikurangkan dengan minum air yang mencukupi. Minum ubat batuk yang banyak bukanlah cara yang betul untuk menghilangkan batuk.

Buatlah pemeriksaan jika batuk berlarutan berminggu-minggu. Penyakit TB sekarang pun semakin berleluasa.

Credit: DrZubaidi

#infosihat

Sembuhkan Stroke Dengan Bersauna

Sekadar nak kongsikan pengalaman dari customer saya cikgu azhar yang sebelum ini mengalami masalah stroke kepala, sukar bergerak, berjalan dan bercakap. Beliau call saya dan dapatkan 1 set sauna peribadi dirumah dan cuba amal dengan konsisten.

6 bulan lepas itu beliau dah boleh berjalan dengan baik, bercakap lebih lancar dari sebelumnya.

Kesimpulannya sauna memang bagus untuk masalah2 berkaitan saraf dan melancarkan perjalanan darah, jika anda ada ahli keluarga dan saudara yang hidap masalah yang sama boleh cuba ikhtiar dengan kaedah ini, insyaAllah sembuh…

Ps: baca caption di setiap gambar, berminat nak dapat 1 set peribadi dirumah? wasap je saya tekan sini

T.kasih sudi baca 🙂