About

Suka berkongsi maklumat kepada umum untuk ilmu dan pengetahuan bersama.

Pernah menjadi blogger pada awal 2006 sehingga Pertengahan 2008. Dengan konsep santai cerita yang pelbagai.

Setelah sekian lama menyepi, kini kembali dengan konsep yang berbeza, memilih satu niche sahaja. Niche yang amat diminati. Iaitu niche kesihatan.

Maka pada awal julai 2019 lahirlah blog infosihat dengan tajuk ‘Indahnya Nikmat Sihat Itu’ beralamat di https://sihat.amirhakimi.com.

Sebenarnya tajuk ini adalah lirik dalam sebuah lagu ketuhanan, yang mana seorang hamba Allah ini baru menyedari betapa indahnya nikmat sihat yang Allah beri setelah dia jatuh sakit. Sebelum ini dia tak pernah bersyukur.

Akhir kata, semoga dengan lahirnya blog yang tak seberapa ini dapat memberi perkongsian ilmu pengetahuan serta manfaat untuk kita bersama. Kesihatan itu tidak ternilai harganya.

Sekian,

Assalamualaikum dan selamat membaca.

Ikhlas,
Amir Hakimi.
Usahawan & Blogger