
Seorang yang merasakan pandangan disekitarnya berpusing-pusing dan dia pun merasakan dirinya berpusing telah mengalami simptom yang dinamakan sebagai vertigo.
Pesakit pada ketika ini sebenarnya berada di dalam keadaan tidak bergerak, tetapi disebabkan masalah vertigo inilah merasakan dirinya seolah-olah sedang berpusing.
Ia tidak sama seperti pening kepala biasa. Pening kepala yang biasa selalunya menyebabkan kepala seseorang itu menjadi ringan, rasa nak pengsan dan sebagainya.

Punca dan Penyebab vertigo
Terdapat 2 kategori kepada masalah ini iaitu:
Vertigo periferi: adalah disebabkan masalah pada bahagian dalam telinga dan juga masalah pada bahagian saraf yang menghantar maklumat ke otak.
Vertigo berpusat: pula adalah masalah pada bahagian otak terutamanya bahagian cerebellum yang mengawal keseimbangan badan.
Tiga penyebab utama masalah ini adalah vertigo periferi iaitu:
-Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV): Selalunya disebabkan perubahan posisi kepala secara mendadak menyebabkan bahagian dalam telinga menjadi tidak berfungsi secara normal.
-Menieres’s disease: Masalah pada bahagian dalam telinga yang memberi kesan kepada pendengaran dan keseimbangan. Acute peripheral vestibulopathy (APV) adalah keradangan di kawasan dalam telinga yang menyebabkan masalah ini.
Jarang-jarang ia disebabkan oleh:
-Hakisan cholesteatoma
Otosclerosis: Penumbuhan tulang yang tidak normal di dalam telinga.
Punca vertigo berpusat pula adalah:
-Strok (angin ahmar)
-Tumor di bahagian cerebellum
-Migrain
-Multiple sclerosis
Simptom dan tanda tanda vertigo
Simptom dan tanda utamanya adalah merasakan bilik ataupun pemandangan berpusing sedangkan pada ketika itu dirinya tidak berpusing.
Simptom dan tanda-tanda yang lain adalah:
-Loya
-Muntah
-Sakit kepala
-Rasa tidak stabil ketika berjalan
-Keadaan menjadi lebih teruk bila kepala digerak atau dipusingkan
-Jalan melelong-lelong
Penyiasatan dan ujian untuk menentukan diagnosa
Beberapa penyiasatan dan ujian akan dilakukan untuk mengetahui punca dan jenis masalah yang anda ada.
Ujian mata: Doktor akan meletakkan jarinya dihadapan pesakit dan pesakit perlu melihat jari tersebut. Doktor akan menggerakkan jari itu ke kiri atau ke kanan sambil melihat mata pesakit samada mempunyai pergerakan yang normal ataupun tidak.
Ujian Romberg (Romberg test): Pesakit akan diminta berdiri secara lurus kemudian pesakit perlu menutupkan matanya. Pesakit diminta untuk mengimbangkan dirinya dalam keadaan itu tanpa jatuh. Selalunya pesakit yang mengalami masalah pada bahagian cerebellum tidak akan mampu berdiri dalam keadaan mata tertutup.
Terdapat juga ujian dan prosedur lain seperti ujian imbasan CT dan MRI. Ujian tersebut hanya dibuat jika diperlukan sebagai contoh jika pesakit disyakit mengalami stroke ataupun tumor dibahagian otak.
Tanda tanda berbahaya jika mengalami Vertigo
Terdapat beberapa simptom yang berbahaya jika seseorang itu mengalami masalah ini. Pesakit perlulah segera berjumpa dengan doktor jika mengalami simptom tersebut.
Simptom dan tanda tersebut adalah:
Vertigo yang berterusan
Mempunyai simptom lain seperti tidak mampu menggerakkan kaki atau tangan. (Pesakit mungkin mengalami strok/ angin ahmar)
Mempunyai masalah pendengaran
Sakit telinga yang melampau.
Rawatan Vertigo
Rawatan masalah ini bergantung kepada penyebabnya. Tetapi kebanyakan masalah ini boleh sembuh dengan sendirinya tanpa memerlukan apa jenis ubat.
Pesakit yang mengalami vertigo periferi boleh mencuba ubat jenis perencat vestibular.
Contohnya adalah:
Antihistamine :
Promethazine, betahistine
Benzodiazepines:
Diazepam, lorezepam
Antiemetics:
Prochloperazine, metoclopramide
Jika ia disebabkan vertigo berpusat, rawatannya adalah bergantung kepada penyebab masalah tersebut.
Rawatan kecemasan
- Tarif nafas jangan panik.
- Jangan tidur dalam keadaan yang terlalu gelap waktu malam.
- Cari tempat untuk duduk atau baring dan tunggu hingga gejala hilang.
- Jangan pejam mata, fokus pada satu objek.
- Dapatkan rawatan sekiranya berlaku serangan kali kedua.
Kredit: DrLatif The Diagnosa & Kementerian Kesihatan Malaysia.
#infosihat #liketandasokongan #sharejikabermanfaat