Bahayanya Micro Sleep Ketika Memandu

Betapa bahayanya sesiapa yang mengalami Micro Sleep ketika memandu. Berhati-hatilah.

Ini cerita saya.
Pada bulan puasa yang lepas saya ada menemani isteri ke daerah kerian atas jemputan iftar di Bagan Serai.

Semasa memandu di atas highway, tak laju sangat pun, tiba-tiba kereta saya dari kiri pelahan-lahan masuk ke laluan kanan akibat terkena Micro Sleep, mujur kereta belakang sempat hon dengan kuat, membuatkan saya terus tersentak dan tersedar, justeru menyelamatkan kami tiga beranak, dia pun laju, dia potong sipi-sipi je kereta saya, huh..

Ia berlaku pantas. Kalau silap haribulan boleh kemalangan, sangat bahaya, situasi inilah banyak yang terjadi sekarang. Sama-sama kita berhati-hati, semoga perjalanan kita selamat sampai ke destinasi yang dituju. Mari baca info di bawah, semoga bermanfaat buat kita semua.

Apa itu Micro Sleep

Ia adalah keadaan di mana kita akan tertidur untuk beberapa saat hingga 30 saat tanpa kita sedari. Micro sleep ini terjadi terutamanya sewaktu memandu dan ianya sangat membahayakan diri dan keluarga yang bersama-sama kita. Ketika memandu kita paksa diri kita dan ingatkan kita masih sedar sedangkan rupanya kita dah terlelap beberapa saat!

Micro sleep ini juga terjadi pada waktu tertentu sewaktu awal pagi dan waktu tengah hari di mana badan kita memerlukan tidur pada waktu itu.

Simptom-simptom micro sleep

• Tersengguk-sengguk
• Kelopak mata semakin tertutup atau kuyu
• Mata terkebil-kebil
• Merenung dalam ke arah sesuatu yang kosong
• Tak boleh nak fokus

Faktor berlakunya micro sleep
Paling utama berlakunya micro sleep adalah tidur. Kurang tidur, jadual tidur yang tak menentu, tidur yang tak cukup dan sebagainya.

Jadi kalau rasa anda perlu memandu jauh pastikan anda dapatkan tidur yang cukup. Jika mengantuk berhenti rehat sebentar dilokasi yang selamat atau minum kopi panas di kawasan rehat dan rawat sepanjang perjalanan anda.

#infosihat #perkongsianbermanfaat #cnpinfomicrosleep #silashare