
Kita selalu meletak hampir semua barang dan makanan yang kita beli ke dalam peti sejuk. Kadang kala ia boleh merosakkan kualiti bahan makanan itu.
- Bawang
Menyimpan bawang di dalam peti sejuk boleh menyebabkan peti sejuk kita berbau. Apatah lagi jika ia telah dipotong atau dihiris. Simpan bawang di rak dapur dalam bekas yang kering. - Kentang
Kentang juga tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk dan harus disimpan di luar peti sejuk dalam keadaan kering. - Sos
Sos akan menjadi lebih pekat dan sukar dituang semasa hendak digunakan. Ia boleh disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik dengan penutup botolnya ditutup rapat. - Roti
Menyimpan roti dalam peti sejuk boleh menyebabkannya lebih keras dan kurang enak. Roti juga menyerap bau makanan lain yang ada dalam peti sejuk. - Makanan dalam tin
Jika masih ada makanan dalam tin yang masih berbaki, ia elok dikeluarkan daripada bekasnya dan disimpan dalam bekas plastik dan kaca sebelum disimpan di dalam peti sejuk. - Makanan panas
Menyimpan makanan yang panas dalam peti sejuk akan menyebabkan lebih banyak tenaga elektrik yang digunakan untuk mengekalkan suhu peti sejuk agar sentiasa sejuk. - Rempah ratus
Elakkan menyimpan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam dan lain-lain di dalam peti ais. Ia boleh menyebabkan peti sejuk berbau herba. Ia harus disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik. - Mentega
Mentega akan menjadi keras di dalam peti sejuk dan menjejaskan rasanya. Ia harus disimpan dalam bekas yang ditutup ketat pada suhu bilik. - Madu
Madu tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Cuma elakkan dari tempat yang panas dan terdedah pada cahaya matahari. - Bahan bukan makanan
Keluarkan bahan bukan makanan seperti bahan kosmetik dari peti sejuk. Ia boleh mencemarkan bahan makanan yang disimpan bersamanya.
Kredit: DrZubaidi
#infosihat #liketandasokongan #sharejikabermanfaat