Daging Proses Penyebab Kanser?

Imej ehsan google

Adakah daging proses penyebab terjadinya kanser? (Pertumbuhan sel yang tidak normal dalam tubuh) untuk menjawab persoalan, sama-sama kita ikuti penjelasan dibawah berkenaan isu ini.

WHO menyenaraikan daging berproses sebagai faktor penyebab kanser yang menjadi punca utama penyakit kanser usus besar (kolon).

WHO juga memberitahu daging merah itu sendiri mungkin penyebab kanser (red meat is “probably carcinogenic”).

Apakah Itu Daging Proses?

Ia adalah daging yang telah menjalani proses di kilang bagi melambatkan kerosakan pada daging itu dengan menambahkan bahan pengawet, atau mengubah rasa daging itu dengan menambah perasa atau menampakkan daging tersebut lebih cantik dengan menambah pewarna agar daging tersebut.

Nampak masih merah walaupun telah dikeluarkan lebih dari sebulan. Ini termasuk bacon, sausej, hotdogs, salami, daging burger dan seangkatan dengannya.

Bagaimana daging berproses ini menyebabkan kanser? Bahan-bahan kimia yang ditambah seperti pengawet, perasa dan pewarna adalah bahan yang bahaya jika diambil secara berterusan dalam makanan yang berproses.

Dengan menambahkan bahan-bahan itu pada daging merah, bahan-bahan ini berinteraksi dengan protein pada daging sehingga menyebabkan daging berproses ini menjadi karsinogenik. Karsinogenik adalah bahan yang merangsang terjadinya kanser.

Perlukah Kita Menghentikan Pengambilan Daging Proses?

Pakar Perubatan Masyarakat Dr Maryam Farvid, dari Harvard TH Chan School of Public Health di Amerika Syarikat mencadangkan agar kita mengurangkan pengambilannya, jika tidak mampu menghentikannya.

Beliau memberitahu pengambilan daging merah dan daging berproses tidak melebihi 70g sehari.

Pada pendapat saya sendiri, semakin kita menghindari makanan yang berasaskan daging berproses ini semakin rendah kita mengalami penyakit kanser payudara ini.

Kita harus melatih keluarga terutamanya anak-anak kita, agar mengurangkan pengambilan makanan berproses terutamanya daging berproses kerana ia bukan saja boleh menyebabkan kanser payudara tetapi juga kanser colon.

Semoga bermanfaat.

Kredit: DrZubaidi

#infosihat #liketandasokongan #sharejikabermanfaat

Ps: Berminat nak dapatkan supliment b17 (apricotseeds) untuk langkah pencegahan pertumbuhan sel yang tidak normal dalam tubuh? Pengambilan yang mudah. Lulus kkm & halal. Harga berpatutan & mampu milik. Wasap untuk info lanjut Tekansini.