Keistimewaan Buah Tembikai

Beruntung sesiapa yang gemar memakan buah tembikai. Saya juga sangat suka. Tambahan pula kalau bulan puasa. Makan masa berbuka, perghh!! sejuk je tekak, memang bestlah buah tembikai.

Namun di sebalik kelazatannya tentu ramai yang nak tau apa keistimewaannya kan?. Untuk itu, jom kita sama-sama baca perkongsian dibawah. Semoga bermanfaat.

KEISTIMEWAAN BUAH TEMBIKAI

Tahukah anda, buah tembikai adalah salah satu buah yang disukai oleh Nabi Muhammad SAW. Buah tembikai ini membantu menjaga dan mempertahankan kesihatan kita.

Warna merah tembikai yang menggiurkan itu mengandungi nutrisi, mineral, kalium, betakarotin, Vitamin C dan juga serat yang diperlukan tubuh badan.

✔️ Dah la lazat banyak pulak khasiatnya kan.

Diantara keistimewaan buah tembikai untuk kesihatan kita adalah:

🍉 Tembikai baik untuk kesihatan jantung. Tembikai kaya akan likopen yang sangat baik sekali untuk kesihatan jantung.

🍉 Betakarotin yang terdapat dalam buah tembikai sangat baik sekali bagi kesihatan mata kita. Kerana betakarotin yang terdapat dalam buah tembikai ini akan di ubah dalam tubuh kita menjadi Vitamin A.

🍉 Tembikai juga merupakan sumber Vitamin C yang diperlukan sekali oleh tubuh kita. Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun tubuh sehingga kita tidak akan mudah diserang penyakit, apalagi dengan cuaca yang tak menentu seperti sekarang ini.

🍉 Dengan memakan buah tembikai akan membantu kita terbebas dari serangan radikal bebas, seperti pencemaran udara, pelbagai asap kendaraan, atau udara yang boleh mengancam kesihatan kita.

🍉 Dengan memakan tembikai akan membuat kesihatan buah pinggang menjadi lebih baik.

🍉 Sekiranya anda mempunyai lemak berlebihan dalam badan, buah tembikai adalah pilihan yang tepat untuk membantu menyingkirkan lemak dalam badan anda. Kerana buah tembikai mengandungi citruline yang membantu mengurangi lemak berlebih yang ada dalam tubuh.

🍉 Minum jus tembikai atau memakannya begitu sahaja akan buat kan anda lebih bertenaga dan segar semula.

🍉 Tembikai baik untuk kanak-kanak kerana kurang gula dan juga buatkan badan rasa lebih bersemangat dan kekal aktif.

Kredit: DrAzima

#infosihat #liketandasokongan #sharejikabermanfaat