
Bermulanya kesedaran saya sekeluarga berkenaan air bersih ialah pada tahun 2003. Kami pasang satu unit penapis air dirumah. Masa tu juga saya terus jadi “Sales Representative” untuk syarikat penapis air secara partime. Jualan seunit berharga Rm1,399.
Ketika tu tak ramai yang peduli berkenaan air bersih dan tak ramai yang nak miliki penapis air dirumah. Namun saya cuba jalankan tugas sebaik mungkin untuk beri kesedaran dan beberapa demo. Alhamdulillah dapat jugak sales sikit-sikit masa tu dan dapat bantu insan lain untuk terus sihat.
Berbalik kepada pengggunaan penapis air tadi, kami bukan sahaja guna untuk minum, malah kami juga guna untuk memasak, masak nasi, nasi pun sedap, lambat basi jika disimpan lama, basuh sayur-sayur dan buah-buahan dan macam-macam lagilah, pendek kata banyak kegunaannya.
Dengan amalan ini, kami sekeluarga pun rasa segar dan sihat, anak-anak pun jarang demam, alhamdulillah atas izinNYA ia berterusan hingga ke hari ini. Begitulah betapa besarnya kepentingan air bersih di dalam kehidupan kita sekeluarga.
Untuk itu, dibawah ini saya kongsikan 10 kepentingan air bersih terhadap kesihatan kita sekeluarga. Jom baca ya untuk ilmu dan pengetahuan kita bersama.
10 Kepentingan Air Bersih Terhadap Kesihatan Kita Sekeluarga

Adakah anda tahu bahawa berat badan anda terdiri daripada kira-kira 60 peratus air? Tubuh anda menggunakan air dalam menggerakkan dan memberi fungsi semua sel, organ dan tisu untuk mengawal suhu dan mengekalkan fungsi tubuh yang lain.
Air memainkan peranan penting dalam hampir setiap fungsi utama badan. Ia merupakan elemen penting dalam tubuh kita. Oleh itu, menurut kajian yang pernah dilakukan University Of Edinburgh, kajian menyatakan “tanpa makanan, manusia mampu hidup selama lapan minggu tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa 3 hari.” Manusia tidak akan mampu bertahan hidup lebih lama tanpa air.
Tubuh anda juga akan kehilangan air melalui pernafasan, berpeluh dan pencernaan. Demikian itu, penting untuk penghidratan semula iaitu dengan meminum air ataupun memakan makanan yang mengandungi air seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Begitu pentingnya air terhadap kesihatan anda kerana ia merangkumi seluruh aspek didalam tubuh. Justeru itu, memilih air yang bersih lagi selamat adalah sangat penting. Dewasa ini, kebanyakkan penyakit adalah berpunca daripada bawaan air. Terdapat banyak lagi kepentingan air bersih terhadap kesihatan anda sekeluarga.

- Membantu Proses Pencernaan
kepentingan air bersih terhadap kesihatan dalam proses pencernaan
Air amatlah penting dalam proses pencernaan. Pencernaan bermula dengan air liur, asasnya adalah air. Pencernaan bergantung pada enzim yang didapati dalam air liur untuk membantu memecahkan makanan dan cecair serta membubarkan mineral dan nutrien lain. Pencernaan yang betul menjadikan mineral dan nutrien lebih mudah dicapai oleh tubuh. Selain itu, air juga diperlukan untuk membantu anda mencerna serat larut. Dengan bantuan air, serat ini mudah larut dan memberi manfaat kepada kesihatan usus anda dengan menghasilkan najis yang lembut. Ia dapat mengelakkan sembelit malah kalori akan mengalami proses pembakaran kalori yang juga berjalan dengan lancar. - Membuang Buangan Dan Mengelak Penyakit
kurang air boleh sebabkan sembelit
Anda dan keluarga perlu memastikan air yang diminum di rumah berada dalam keadaan bersih kerana air-air ini akan memberi kesan dalam sistem pembuangan dan sekiranya gagal, masalah sakit perut dan penyakit lain akan timbul. Pengambilan air yang bersih membolehkan tubuh anda membuang buangan melalui peluh, kencing dan membuang air besar. Sekiranya air tidak bersih, anda sekeluarga bukan sahaja mendapat penyakit, malah masalah kencing kotor akan berlaku dalam kalangan keluarga. Tidak semua ahli keluarga mempunyai antibodi yang kuat. - Melindungi Tisu, Tulang Belakang Dan Sendi
kepentingan air bersih terhadap kesihatan sendi
Air tidak sekadar menghilangkan dahaga dan mengawal suhu badan anda. Ia juga memelihara dan melindungi tisu-tisu di dalam badan anda sekeluarga. Apabila anda sekeluarga meminum air bersih, secara automatiknya tidak akan ada masalah penyakit tisu, tulang belakang ataupun sendi yang disebabkan oleh tulang rapuh atau air kotor. Di samping itu, air bersih membantu melindungi saraf tunjang dan bertindak sebagai pelincir untuk sendi anda. Cuba anda bayangkan sekiranya air yang diminum berada ditahap pH asid, tulang akan mudah rapuh dan mendapat penyakit. Oleh itu, air bersih amat penting kerana tanpa air yang bersih, segala masalah akan mudah terkena pada anda sekeluarga. - Mengelakkan Dehidrasi Dan Menyembuhkan Penyakit
kepentingan air bersih terhadap kesihatan dan elakkan dehidrasi
Tubuh anda kehilangan banyak air apabila melakukan senaman yang kuat, berpeluh pada suhu tinggi dan terkena penyakit yang menyebabkan cirit-birit ataupun demam. Jika anda kehilangan air atas sebab-sebab ini, penting untuk anda meningkatkan pengambilan air yang bersih supaya anda dapat memulihkan tahap penghidratan semulajadi badan anda. Sekiranya anda masih lagi tidak pulih atau masih lagi alami penyakit yang sama dalam tempoh yang lama, ia adalah kerana air yang anda gunakan selama ini bukanlah air bersih. - Metabolisme Dan Tenaga Untuk Rutin Harian
kepentingan air bersih terhadap kesihatan dan tingkatkan metabolisma
Air dapat mengurangkan kalori yang berlebihan di dalam badan. Dengan pengambilan air bersih, ia dapat membantu membakar lemak dengan meningkatkan metabolisme. Proses ini dikenali sebagai resting energy expenditure, di mana tubuh akan tetap membakar kalori walaupun tubuh anda tidak melakukan sebarang aktiviti. Ini berlaku kerana proses metabolisme telah meningkat. Malah, dalam masa yang sama, anda sekeluarga memerlukan tenaga untuk menjalani rutin harian. - Menjaga Kesihatan Kulit Sebagai Mandian Dan Minuman
kepentingan air bersih terhadap kesihatan dan menyejukkan badan
Air digunakan oleh anda dan keluarga untuk mandi dan ia akan mempengaruhi kesihatan kulit anda. Khasiat nutrisi dan mineral di dalam air yang bersih juga mampu menjaga kulit anda agar kelihatan lebih segar dan sihat. Ia juga dapat merawat masalah kulit seperti jerawat, blackhead dan lain-lain. Apabila kulit anda selalu kerap dehidrasi, ia akan menjadi kering malah garis-garis halus dan kedutan akan lebih ketara. Dengan pengambilan air bersih, sel-sel kulit akan lebih sihat dan menjadikan muka anda kelihatan awet muda dan cantik. - Mencegah Kanser
kepentingan air bersih terhadap kesihatan dan mencegah kanser
Air yang bersih dapat membantu melindungi organ-organ penting terutamanya pundi kencing, dan tisu payudara yang dikhuatiri terdedah dengan kanser. Penyelidikan yang diterbitkan dalam Jurnal Klinik Onkologi mendedahkan bahawa pengambilan air berkait rapat dengan setiap jenis kanser. Ini bermakna, lebih banyak air yang diminum seseorang lebih kurang cenderung mendapatkan kanser. Tetapi ramai juga pesakit kanser yang suka meminum air banyak, jelas bahawa kanser juga berlaku kerana air yang diminum adalah tidak bersih dan mempunyai pelbagai molecules didalamnya. Ini sangat penting bagi anda sekeluarga supaya meminum air yang bersih dan mengelakkan diri daripada penyakit kanser. - Mengelakkan Penyakit Batuk Dan Alahan Dari Bayi Dan Anak Anda
kepentingan air bersih terhadap kesihatan dan atasi alahan bayi
Jika bayi dan anak-anak kecil sering mengalami alahan dan batuk-batuk, salahsatu puncanya juga adalah daripada air yang tidak bersih. Sama ada air untuk mandi atau minum, ia akan memberi kesan kepada anda sekeluarga terutamanya bayi dan kanak-kanak. - Mengurangkan Migrain Dan Pening Kepala
kepentingan air bersih terhadap kesihatan migrain
Migrain dan pening juga boleh jadi kerana air yang diminum tidak bersih dan segar. Kebanyakan daripada anda yang mengalami migrain juga perlu menyemak semula sumber air dan makanan yang diambil setiap hari. Air yang diminum akan dibawa ke seluruh tubuh termasuk otak, malah ia akan diserap untuk mendapatkan khasiat serta melancarkan perjalanan darah ke otak. Air yang kotor menjadikan anda sekeluarga berisiko terdedah dengan sakit migrain dan pening kepala. - Membantu Mengekalkan Keseimbangan Tahap Cecair Dalam Badan
kepentingan air bersih terhadap kesihatan organ dalam badan
Secara fakta, tubuh kita terdiri daripada 60% air. Fungsi cecair dalam badan adalah untuk pencernaan, penyerapan, peredaran, pengangkutan nutrien dan penyelenggaraan suhu badan. Seorang professor perubatan di Universiti Stanford telah mendapati bahawa “Melalui kelenjar pituitari posterior, otak anda berkomunikasi dengan buah pinggang anda dan memberitahu berapa banyak air yang dikeluarkan sebagai air kencing atau tahan untuk simpanan”. Dan apabila anda kekurangan air dalam badan ,otak akan memicu mekanisme haus badan. Air yang berkualiti dan bersih amat penting bagi melancarkan mekanismes haus badan.
Semoga bermanfaat.
Kredit: ProfHafiz
#infosihat #perkongsianbermanfaat #silashare
Ps: Berminat nak dapatkan penapis air Coway? Tuan/puan boleh menghubungi sahabat saya di talian 0173567905 (Tuan Nasir)
Atau wasap beliau tekansini.