Kesan Makan Mee Segera Terhadap Kesihatan Kita

Dulu-dulu saya juga penggemar mee segera. Memang berselera dibuatnya mee segera ni. Selalu juga saya makan. Perasa kari pilihan utama. Tapi, setelah saya tau akan kesan makan mee segera, saya, isteri dan anak-anak dah stop memakannya. Lama dah kami stop.

Jom ikut perkongsian tentang kesan memakan mee segera terhadap kesihatan kita untuk pengetahuan bersama, Semoga bermanfaat.

Kesan Makan Mee Segera Terhadap Kesihatan

Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket.

Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi.

Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.

Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?

Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mee segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mee segera mengandungi natrium yang tinggi.

Satu paket mee segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium. Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mee segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mee segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mee segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.

Kredit: Portal Rasmi HLDU

#infosihat #liketandasokongan #sharejikabermanfaat