Tujuh Khasiat Barli Yang Diperolehi Oleh Penggemarnya

Beruntung kalau anda penggemar barli.

Saya juga adalah seorang penggemar barli. Boleh dikatakan setiap kali singgah makan dikedai pasti saya akan order air barli dulu, barli suam kurang manis satu. Kadang-kadang tu sampai dua gelas pun ada hehe, kalau tiada air barli air suam pun jadilah. Air lain-lain seperti teh, milo, kopi, saya lama dah stop tak minum.

Oleh kerana saya selalu minum barli, patutlah bila saya cek kolesterol saya dah OK sekarang, dulu-dulu kerap juga kena ulser bibir, sekarang jarang sangat lah terjadi, sebab barli dah sejukkan badan saya. Berat badan pun maintain je. Memang tak rugilah saya jadi kaki barli ni, ops..hehe, dibawah ini saya kongsikan info khasiat barli untuk pengetahuan kita bersama, semoga bermanfaat untuk kita semua. Jom baca!

Ini Tujuh Khasiat Yang Bakal Diperolehi. Memang wow!!

Memang beruntung jadi penggemar bijirin barli ni. Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di Timur Tengah. Pokok barli tergolong dalam keluarga Gramineae dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di negara-negara Barat. Barli ditanam daripada biji sehinggalah ia menjadi pokok yang tingginya kira-kira satu meter.

Buat pengetahuan penggemar barli juga, bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian. Menarikkan?

Berikut Antara Khasiat Barli;

1) Rendahkan Kolesterol Dalam Darah.
Kajian klinikal di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli efektif dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.

2) Tingkatkan Glukosa dan Lemak Dalam Darah
Beta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati daripada isi rong. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam variety barli ini dikatakan bertanggungjawab dalam meningkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2.

3) Kurangkan Risiko Penyakit Barah dan Jantung
Barli mempunyai kandungan Tokotrienol dan tokoferol (tokol) yang tinggi. Ia merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi yang membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.

4) Rawat Luka Ringan
Bijirin barli pula bertindak sebagai penghadam, pelega dan dikatakan sesuai dimakan sebagai makanan berkhasiat atau dijadikan air barli (rebusan air barli dalam air). Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar.

5) Hilangkan Berat Badan
Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan.

6) Penyejuk Badan
Air rebusan bijirin barli pula dikatakan berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yang mengidap demam.

7) Bantu Sistem Penghadaman
Khasiat barli dipercayai, baik untuk melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang dan membantu untuk sistem penghadaman.

Info Ekstra
Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.

Jus barli hijau mengandungi 11 kali kalsium daripada susu lembu, hampir 5 kali zat besi dalam bayam, 7 kali vitamin C dalam oren dan 80 mg vitamin B12 daripada 100 gm barli. Selain bijirin barli, daun pokok barli yang berupa seperti lalang dan berwarna hijau juga dikatakan berkhasiat.

Apabila daun ini mencapai ketinggian sehingga 12 hingga 14 inci, ia mengandungi banyak vitamin, mineral dan protein dan klorofil yang diperlukan oleh manusia.

Credit: MingguanWanita

#infosihat

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *